Apa Perasaan Anda Bila masuk Restoran je Waiter and Waitress Belasah cakap Tagalog?
assalamualaikum sumer,
Harap sumer sihat insyaallah, sihat dari segi kesihatan, poket, keter, bini, laki, anak anak, rumah, mak ayah, mak mertua, pak mertua, abang, adik, kakak, abang ipar, kakak ipar, adik ipar, kawan kawan etc. (nak tulis sumer mau penuh skrin ni, nanti kena ban ngan nobleman).
aku kenalkan diri, panggil steel je ya. sampai doha tahun lepas bulan 7. sebelum doha, aku kerja kat Delhi India 2 tahun.. so aku bergelumang la ngan org org india kat sana. lepas tu dapat offer kat Doha.
Kapalterbang nak landing, aku tengok sumer padang pasir.. sentapz kejap sebab tak nampak bagunan.. tapi lepas landing tengok airport so lega la sikit cuma yg buat aku terpikir, aku tengok ramai betul india kat sini.. lebih lebih lagi pinoy.
Selepas seminggu duk kat sini, org duk cakap tagalog ngan aku, kabayan? kabayan? memula aku ingat dorang tanya aku nenek kebayan ke? aku jawap.. WHAT?? Excuse ME?? nenek kebayan? I dont know!!
lepas tanya ngan budak budak kat opis baru tau kabayan tu pinoy.. ooOOOooo kisahnya.. experiance tu..
yg menjadi jadinya.. sampai sekarang ni, selepas 8 bulan aku kat sini.. baru 8 bulan.. nobleman tu dah bertahun tahun, Chip tu pun dah bertahun tahun.. aku dah naik tensen bila pergi restoran drg duk bantai cakap pinoy.. aku angguk angguk paler kasi drg habih cakap pastu aku bantai cakap melayu.. padan muka drg terus garuk kepala.. pastu baru nak sorry sorry.. tensen tol aku.
aku rasa cam nak pakai tshirt tulis besau besau I AM MALAYSIAN OKEK.. TENGS!!
anyway, aku nak la jugak tanyakan geng geng yg kat sini mana yg dah biasa tu.. apa kah perasaan anda? boleh la citer citer sikit.. mesti banyak yg kelakar kan.
begitulah al kisahnya pasal aku kat doha serba sedikit.. lain kali aku citer lagi.. banyak pengalaman aku kat sini..
Tima kasih pada sumer yg sudi sudi baca ni