minta pandangan orang malaysia
hi..saya berbangsa indonesia tetapi dah bermastautin dan berkeluarga di malaysia selama 26 tahun. bekerja sebagai arkitek selama 16 tahun dengan gaji sebanyak RM 7K. dapat offer melalui monster gulf utk project new international doha airport. kami berbual hanya melalui e-mail n phone sahaja.dan mendapat offer sebagai site arkitek, dibawah company Parsons coporation dgn gaji QR 20k incl.housing loan.
persoalannya :
1. adakah ianya genuine offer ? maknanya klau saya sampai doha, mmg project tu tengah berjalan..?
2. adakah ianya berbaloi utk saya amik offer tu..dengan gaji yang sedemikian?(considering i do not know the cost of living there).
3. dengan lokasi tempat keje dekat airport, kawasan yg bagaimana yg sesuai utk saya tinggal. ( hanya saya sorang saja. tidak membawa family), berapa harga sewa rumah utk 1 BR+1 kitchen +1 bath /studio type apartment.
4. klau bawa suami dan anak (6 orng anak)dari darjah 1 - tingkatan 5), sekolah mana yang sesuai.(yang murah dan baik).
please tolong bantu saya dalam menyelesiakan dilema ini...
pendapat anda sangat dialu-alukan.