Tak jadi datang ke Doha
Ini dia cerita sang buaya dari kayel.
Datang ke Doha naik kapalterbang 1st class, tidur kat Sheraton Doha, hotel suite pulak tu, makan minum semua ditanggung oleh bakal majikan. Dalam dua hari kena interbiu puas-puas oleh 9 orang, setiapnya sekurang-kurangnya satu jam. Alamak!
Ada jumpa jugak beberapa bebudak (muda dan tua) dari Malaysia semasa interbiu. Boleh kata satu kepala punya kaki main "enjoy first, die later" punya geng. Tentu syok kalu kerja dengan mereka sebagai rakan kerja.
Tetapi, malangnya, bakal majikan tak mampu gua punya gaji. Dengan ini, sang buaya mengumumkan kepada grouping ini, bahawa ekor ini tak datang ler ke Doha.
Kepada Noble-Man, terimakasih atas tunjuk ajar kat forum ini. Semoga-moganya anda berjaya dalam segalanya semasa kat Doha. Kalau kamu datang ke kayel, boleh email gua kat [email protected]. Teh tarik, roti tisu, cendol, I belanja! ;)
To all Malaysians in Doha, stay safe, ok?
Buaya69.