Salam 1Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga sahabat semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.
Pertama biar saya memperkenalkan diri, nama saya Zulkhairi dan saya tergolong dalam komuniti Malaysian RasGas tinggal di Al Haya Complex.
Kedua, izinkan saya menggunakan bahasa Malaysia kerana saya ingin mendapatkan pandangan saudara2 Malaysian tanpa mengganggu sentimen lain2 negara.
Ketiga, saya ingin bertanya pendapat sahabat semua. Bolehkah kita mengadakan Family Day di Public Park seperti Aspire Park dan Dahl Al Hammam Family park. Kalau boleh bagaimana caranya hendak mendapat kebenaran.
Harap sahabat dapat membantu dan semoga kita dapat mengeratkan lagi masyarakat kita dengan semangat 1Malaysia dan 1Qatar.
Wasalam.